Assalamualaikum.
Dengan rasminya, Hazmin Aqua Enterprise telah berjaya ditubuhkan pada hari Khamis, 9 April 2009 yang bermilikan tunggal oleh Adi Noramin bin Mohd Resat bersama rakan kongsi Mohd Haziman bin Baharuddin (walaupun ianya milikan tunggal). Nombor pendaftarannya ialah IP0301750-A. Syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan penternakan ikan keli yang semakin berkembang di negara kita. Semoga dengan limpah kurnia-Nya sama-sama kita mendapat kebaikan dalam penternakan ini.
Hazmin Aqua Enterprise menjalankan operasi di Kampung Klebang Selatan, Chemor (rujuk profil syarikat). Syarikat ini masih dalam proses penubuhan dan menjalani peringkat pertama dalam perniagaan. Setakat ini masih belum mempunyai sebarang pengeluaran namun kami percaya dengan adanya laman blog ini, dapatlah kita sama-sama lihat berkembangnya Hazmin Aqua Enterprise - Amin...
Gerakan pertama kami adalah untuk menghadiri kursus yang telah kami booking pada Ahad ini di Taiping. Bersama kertas kerja yang sudah hampir siap sepenuhnya, kami ingin mengumpul dana lagi untuk memastikan pengeluaran adalah sekata dan stabil untuk membangun. Kepada penternak-penternak ikan keli yang sudah lama berkecimpung, kami orang baru yang masih ingin tunjuk ajar dari anda semua yang berpengalaman. Kami sedia dengan cabaran yang menanti.
Semoga segala keberkatan dalam usaha perniagaan ini bakal memperoleh seberapa banyak rahmat dari Allah yang Maha Kuasa. Sesungguhnya kami percaya kejayaan itu lahir dari usaha dan tawakkal yang seimbang.
Assalamualaikum.
Jumaat, 10 April 2009
Penubuhan HAZMIN AQUA ENTERPRISE
Dicatat oleh HAZMIN AQUA ENTERPRISE di 12:24 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan