CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 13 April 2009

Kursus Yati Lintah








Assalamualaikum...

Lawatan kami bertiga ke Taiping Ahad lalu 12 April 2009 menghadiri kursus di rumah Makcik Noor Hayati binti Haron ternyata tidak mengecewakan. Pelbagai ilmu dan tips-tips yang dapat ketika menghadiri kursus yang diadakan 2 sesi setiap Sabtu dan Ahad itu. Kami menghadiri sesi pagi sahaja yang dihadiri cuma 8 orang walaupun kadangkala mencapai puluhan orang, kata Makcik Yati...

Kami mempelajari pelbagai teknik menternak ikan keli termasuk fungsi bahan organik, fungsi keladi dan rumpair dan fugsi pasir. Tidak lupoa juga kami menimba ilmu tentang pelan pemasaran dan pelbagai cara untuk mendapatkan keuntungan melalui penternakan ikan keli ini. Makcik Yati sememangnya seorang yang tidak lokek untuk memberi ilmu bahkan beliau juga memberikan tips yang amat dirahsiakannya, hanya orang2 tertentu sahaja yang akan dapat. Ternyata kami adalah antara orang yang beruntung...

Untuk pengetahuan sampingan, beliau juga adalah pelopor dalam menternak ikan keli secara fully organik di Malaysia ini. Malah beliau telah muncul di Majalah tiga dan pelbagai saluran media di Malaysia. Teknik organiknya ini amat membuahkan hasil dan menjimatkan penternak di samping dijamin pulangan yang besar...

Ternyata murahlah rezeki Makcik Yati sekeluarga. Kami juga mendapat banyak info berkenaan peraih-peraih yang sudah ternama di Malaysia yang berhubung dengan Makcik Yati. Semoga dengan langkah pertama ini, Hazmin Aqua Enterprise bakal menjana langkah seterusnya dalam bidang ini. Amin...

Jumaat, 10 April 2009

Penubuhan HAZMIN AQUA ENTERPRISE





Assalamualaikum.

Dengan rasminya, Hazmin Aqua Enterprise telah berjaya ditubuhkan pada hari Khamis, 9 April 2009 yang bermilikan tunggal oleh Adi Noramin bin Mohd Resat bersama rakan kongsi Mohd Haziman bin Baharuddin (walaupun ianya milikan tunggal). Nombor pendaftarannya ialah IP0301750-A. Syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan penternakan ikan keli yang semakin berkembang di negara kita. Semoga dengan limpah kurnia-Nya sama-sama kita mendapat kebaikan dalam penternakan ini.

Hazmin Aqua Enterprise menjalankan operasi di Kampung Klebang Selatan, Chemor (rujuk profil syarikat). Syarikat ini masih dalam proses penubuhan dan menjalani peringkat pertama dalam perniagaan. Setakat ini masih belum mempunyai sebarang pengeluaran namun kami percaya dengan adanya laman blog ini, dapatlah kita sama-sama lihat berkembangnya Hazmin Aqua Enterprise - Amin...

Gerakan pertama kami adalah untuk menghadiri kursus yang telah kami booking pada Ahad ini di Taiping. Bersama kertas kerja yang sudah hampir siap sepenuhnya, kami ingin mengumpul dana lagi untuk memastikan pengeluaran adalah sekata dan stabil untuk membangun. Kepada penternak-penternak ikan keli yang sudah lama berkecimpung, kami orang baru yang masih ingin tunjuk ajar dari anda semua yang berpengalaman. Kami sedia dengan cabaran yang menanti.

Semoga segala keberkatan dalam usaha perniagaan ini bakal memperoleh seberapa banyak rahmat dari Allah yang Maha Kuasa. Sesungguhnya kami percaya kejayaan itu lahir dari usaha dan tawakkal yang seimbang.

Assalamualaikum.